Perkembangan Diri

Click here to see out online tuition demo
1.1: Kepercayaan kepada Tuhan

Kepercayaan kepada Tuhan

Erti
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing dengan prinsip Rukun Negara.

Kata Kunci

  • Yakin wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam
  • Mematuhi suruhan Tuhan selaras dengan agama sendiri
1.2: Amanah

Amanah

Erti
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

Kata Kunci

  • Sikap bertanggungjawab menimbulkan kepercayaan ............
  • Sikap bertanggungjawab menimbulkan keyakinan .........
1.3: Harga diri

Harga diri

Erti
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memuliakan dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.

Kata Kunci

  • Keupayaan diri memulia dan menjaga maruah diri
  • keyakinan diri memulia dan menjaga maruah diri
1.4: Bertanggungjwab

Bertanggungjwab

Erti
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

Kata Kunci

  • Kesanggupan memikul tugas sebagai .......
  • Kesanggupan melaksanakan kewajipan sebagai .........
1.5: Hemah tinggi

Hemah tinggi

Erti
Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

Kata Kunci

  • Beradab sopan dalam pergaulan
  • Berbudi pekerti mulia dalam pergaulan
1.6: Toleransi

Toleransi

Erti
Kesanggupan bertolak ansur,sabar,dan mengawal diri bagi menggelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Kata Kunci

  • Bertolak ansur dan sabar untuk elakkan pertelingkahan
  • Mengawal diri untuk elakkan perselisihan faham
1.7:Berdikari

Berdikari

Erti
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain,

Kata Kunci

  • Kebolehan melakukan ………(apa)…….. tanpa bergantung kepada orang lain
  • Kesanggupan melakukan  …….(apa) ……… tanpa bergantung k pada orang lain
1.8: Kerajinan

Kerajinan

Erti
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan,kecekalan,dedikasi,dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

Kata Kunci

  • Usaha yang berterusan
  • Penuh dengan semangat tekun/ cekal/ gigih/ dedikasi/ berdaya maju
1.9: Kasih sayang

Kasih sayang

Erti
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

Kata Kunci

  • Kepekaan mendalam dari hati yang ikhlas
  • Perasaan cinta yang berkekalan dari hati yang ikhlas
1.10: Keadilan

Keadilan

Erti
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

Kata Kunci

  • Tindakan yang saksama
  • Keputusan yang tidak berat sebelah
1.11: Rasional

Rasional

Erti
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

Kata Kunci

  • Boleh berfikir (berdasarkan alasan dan bukti yang nyata)
  • Mengambil tindakan berdasarkan pertimbangan wajar
1.12: Kesederhanaan

Kesederhanaan

Erti
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

Kata Kunci

  • Tidak keterlaluan dalam pertimbangan
    dan tindakan
    - pemikiran/ pertuturan/perlakuan
  • Tidak mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

 

SPM Physics in 3 Days