FAIL (the browser should render some flash content, not this).
 
 
Pengenalan

Versi Bahasa Inggeris | Versi Bahasa Cina

Laman One-Scholl.net merupakan satu laman internet percuma yang direka khas untuk para pendidik serta pelajar-pelajar di Malaysia, baik di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah, di mana ianya membekalkan bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran elektronik di jaringan internet kepada para pendidik dan pelajar secara percuma.

Objektif:

Menyediakan satu platform untuk semua pendidik, supaya mereka dapat membangunkan serta mengongsi pengetahuan dan sumber pendidikan mereka.

Selama ini para pendidik menyediakan bahan-bahan pengajaran secara berasingan, mereka jarang berkongsi database yang didirikannya. Akan tetapi, proses untuk menyediakan bahan pengajaran multimedia sepertiPpowerpoint agak rumit dan memakan masa, terutamanya kepada sesetengah pendidik kurang mahir dalam skil komputer, ini mengakibatkan ramai pendidik yang berminat terhadap pengajaran cara elektronik menyerah akhirnya.

Memandangkan para pendidik masa kini kerap dikelilingi oleh kerja dokumentasi yang membebankan, kami berhasrat tinggi untuk membangunkan platform internet ini, supaya kita dapat bersama-sama membentukkan suatu rangkaian buku rujukan elektronik yang lengkap. Rangkaian ini pula seterusnya akan terbuka kepada para pendidik untuk salin, duplikasi mahupun sunting demi tujuan menyusun nota pengajaran atau pengajaran elektronik secara slide masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Home Education Concept telahpun bersetuju untuk membekalkan galeri imej digital mereka kepada para pendidik untuk kegunaan pendidikan ( bukan komersial ). Anda dapat melayari galeri imej digital ini dengan hanya klik sambungan “Galeri”. Melalui Laman One-Books Wiki, anda dibenarkan untuk menggunakan imej-imej ini secara bebas untuk memasukkan apa sahaja isi kandungan.



Membekalkan satu rangkaian buku rujukan multimedia elektronik yang kaya dengan kandungan kepada para pelajar, dengan tujuan memupuk kebolehan mereka untuk belajar secara berdikari, meninggalkan corak belajar “spoon-feed” serta menggalakkan mereka supaya mendapatkan informasi yang berkaitan dengan pelajaran melalui internet.
Para pelajar jarang sekali melayari internet bagi pengetahuan yang berkaitan dengan pelajaran, ini disebabkan kesukaran untuk membezakan antara maklumat yang bersangkut-pauh dengan pelajaran dengan yang melampaui batasan pelajaran. Buku-buku elektronik yang dibekalkan oleh Laman Wiki “Satu Buku” pula mengikut secara ketat lingkungan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, disertai dengan maklumat tambahan yang menarik, ini telah memastikan para pelajar menuntut pengetahuan di dalam lingkungan pelajaran, malah memperolehi maklumat tambahan pada masa yang sama.

Kami juga membekal informasi multimedia seperti video Youtube ( atau sambungan ) dalam buku rujukan elektronik kami, semoga dengan animasi-animasi dan imej-imej pendidikan yang menarik ini, minat mereka terhadap pembelajaran dapat ditingkatkan.



Mengenai Kami
One-School.net merupakan satu laman pendidikan yang diusahakan oleh segolongan rakan seperjuangan yang berhasrat terhadap pendidikan dan internet, ianya ditaja oleh Home Education Concept. Home Education Concept adalah sebuah syarikat yang memajukan pendidikan melalui internet, ianya menyediakan pelbagai program pendidikan internet kepada para pelajar dan orang dewasa.

Kami memerlukan sumber tenaga manusia serta sumber kewangan yang banyak demi membangun dan mengekalkan website One-School.net ini, semoga ianya dapat gagah memaju bawah bimbingan dan usaha semua.